I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 21 Mac 2011

Sistem Maklumat Organisasi...








Seperti yang kita tahu, sistem maklumat merupakan kumpulan manusia, prosedur, software, hardware dan data. Berdasarkan video di atas, kita tahu bahawa sistem maklumat ini banyak mempengaruhi kehidupan seharian dan dalam pelbagai bidang. Sistem maklumat memberi kesan terhadap perkembangan bidang teknologi, perubatan, pendidikan, perniagaan, dan pembangunan sesebuah negara. 

Dari sudut pengurusan dalam organisasi, sistem maklumat melibatkan banyak pihak dan mengikut tahap seseorang dalam organisasi tersebut. Sistem maklumat adalah penting bagi melicinkan pembangunan organisasi.Setiap organisasi mempunyai bahagian-bahagian tertentu yang bertanggungjawab terhadap keberkesanan organisasi contohnya bahagian pembangunan sumber manusia, bahagian pemasaran, bahagian kewangan, bahagian pembuatan dan sebagainya. 


Setiap bahagian ini mempunyai sistem maklumatnya yang tersendiri dan memerlukan maklumat daripada bahagian lain. Sebagai contohnya, bahagian kewangan memerlukan maklumat berkaitan kos daripada bahagian pembuatan bagi memudahkannya membuat pengiraan untung rugi, dan bahagian pemasaran memerlukan maklumat daripada bahagian pembuatan bagi mengetahui jenis barang yang ingin dipasarkan. Ini menunjukkan wujudnya satu sistem di dalam organisasi yang membolehkan maklumat dikongsi oleh semua bahagian yang terlibat.



Selain itu, maklumat juga disebarkan mengikut tahap dan pangkat di dalam organisasi. Pihak atasan akan memberikan arahan kepada orang bawahannya yang merupakan pihak atasan kepada penyelia. Penyelia pula akan memberikan arahan kepada orang bawahannya. Proses ini akan berterusan sehinggalah aarahan itu mencapai matlamat yang dikehendaki. 

Maklumat beredar di dalam organisasi disebabkan keperluan setiap individu dan bahagian pentadbiran dalam organisasi tersebut. Maklumat yang beredar itu akan terus beredar sehinggalah organisasi mencapai matlamat yang dingini.

Tiada ulasan: