I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 18 Mac 2011

Privasi..


PRIVASI
Pernahkah kita terfikir tentang privasi bila kita masuk ke laman internet, buka akaun Facebook, menghantar emel, macam-macam lagilah yang berkaitan dengan internet. Walaupun kita cuba nak sembunyikan identiti kita, tapi setiap komputer ada IP address. IP address ni boleh kenalpasti aktiviti yang kita buat di dalam internet. Jadi jangan buat jenayah siber, sebab semua jenayah siber tu boleh dikesan dengan mudah menggunakan IP address yang ada di komputer kita.

Tahu tak, masa kita layari internet, semua aktiviti WEB tu di awasi dan disimpan dalam hard disk komputer kita. Ada banyak cara maklumat tu tersimpan tanpa pengetahuan kita. Contohnya, bila kita masuk ke alam laman web, browser akan buat satu fail, History file. Dalam history file ni di masukkan lokasi laman yang dilayari oleh sistem komputer kita. History file ni boleh dilihat melalui browser.

Cookies ( bukan biskut ) menyimpan maklumat  daripada laman web yang kita masuk ke dalam hard disk.Tapi yang ni maklumat kecik sahaja, contohnya laman apa yang kita masuk, apa yang kita buat dalam laman tu, dan maklumat yang kita masukkan dalam laman web. Tapi cookies ni bahaya juga sebab banyak maklumat kecik yang tersimpan tanpa pengetahuan kita. Ada 2 jenis cookies, Traditional cookies dan Adware cookies.


Yang ni cerita tentang Spyware. Spyware menyimpan dan melaporkan aktivit yang kita lakukan di dalam internet tanpa pengetahuan kita. Ada 3 jenis spyware : Adware cookies, web bugs dan computer monitoring software.

Adware cookies 
merekod aktiviti daripada laman yang berbeza. Bila maklumat dah masuk dalam hard disk komputer, ianya boleh di "accesed" drp pelbagai laman web yang kita masuk. 

Web Bugs
Imej kecil ataupun kod HTML yang tersembunyi dalam mesej emel. Bila kita buka emel yang ada web bug, maklumat dihantar semula kepada sumber bug.  Biasanya web bug ni digunakan oleh organisasi untuk mengetahui samada emel kita aktif atau tak.

Computer monitoring software
Merupakan spyware yang sangat bahaya. Program ini merekod setiap aktiviti yang dilakukan oleh sistem komputer, contohnya no kad kredit, mesej, akaun bank dan macam-macam lagi maklumat peribadi.  Maklumat ini di masukkan dalam Hard drive komputer tanpa pengetahuan sesiapa pun.



Video di bawah menunjukkan cara kita nak lindungi privasi dengan membersihkan komputer kita. selamat mencuba...




Tiada ulasan: