I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 27 Mac 2011

Apa itu PERSIDANGAN VIDEO?

Sidang video juga dikenali sebagai "telepersidangan video atau telekonferens video dengan singkatan "VTC" merupakan satu set teknologi telekomunikasi interaktif yang membenarkan orang di dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak. Ia direka untuk ditujukan kepada suatu persidangan dan bukan individu. Ini contoh antara persidangan video yang dilakukan di pejabat-pejabat pada masa kini bagi memudahkan mesyuarat luar kawasan. 

 


  

Sidang video menggunakan telekomunikasi audio dan video untuk menghubungkan orang di beberapa tempat untuk bermesyuarat. Selain penghantaran audio dan visual aktiviti mesyuarat, sidang video boleh digunakan untuk berkongsi dokumen, maklumat paparan komputer, dan papan putih.

Sistem telepersidangan video sepanjang 1990-an berkembang dengan pantas dari peralatan dan perisian proprietari mahal serta keperluan rangkaian yang tertentu, kepada teknologi piawai yang mudah didapati oleh masyarakat umum pada harga yang munasabah. Akhirnya, pada 1990-an, sidang video berasaskan IP (Internet Protocol) mula boleh digunakan, dan teknologi pemampatan video yang lebih cekap dibangunkan, membolehkan sidang video berasaskan komputer meja, atau komputer peribadi (PC). Kini, perisian tertentu atau plugin web, sestengahnya boleh didapati secara percuma, seperti Netmeeting, MSN Messenger, YM dan Skype menyediakan perkhidmatan murah bagi persidangan video walaupun dengan kualiti agak rendah kepada semua.

Ini adalah salah satu contoh video bagaimana persidangan video boleh memudahkan pelbagai urusan antara dua pihak yang menggunakannya.

Tiada ulasan: