I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 20 Mac 2011

Jenayah Komputer..??

Jenayah komputer satu masalah etika yang semakin berleluasa. Pernahkah kita terfikir tentang jenayah komputer? Tahukah anda bahawa setiap individu melakukan jenayah komputer samada jenayah besar mahupun jenayah kecil. Jenayah komputer ini adalah seperti merosakkan peralatan komputer, mencuri maklumat daripada komputer, mengubah maklumat dalam komputer bagi tujuan tertentu seperti menjatuhkan orang lain.

Tapi, oleh sebab pengenalan sistem internet yang membolehkan penyalinan dan pengubahan maklumat dapat dilakukan secara maya, jenayah ini sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Perkembangan jenayah komputer secara maya ini tidak dapat dibuktikan secara fizikal dan penjenayah terlepas dari hukuman dengan mudah.

terdapat banyak jenis jenayah komputer yang berlaku sekarang, antaranya ialah:

Phishing iaitu menyamar sebagai laman web sah. Penjenayah akan memujuk mangsa mengklik pautan melalui emel dan mendapatkan maklumat peribadi mangsa. Phishing selalunya dilakukan melalui pesanan ringkas dan email. Tapi sekarang ada juga yang mula menggunakan panggilan telefon bagi menarik mangsa.



Cetak rompak ataupun pencabulan hak cipta. Jenayah ini dilakukan dengan menggunakan hak cipta tanpa keizinan. Ianya melanggar hak eksklusif pemilik hak cipta asli contohnya hak untuk mengeluarkan karya yang dihasilkan dan mempunyai hak cipta. Kegiatan memuat turun daripada internet juga merupakan jenayah cetak rompak.



Virus komputer yang disebarkan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Virus-virus ini merbahaya dan boleh menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap sesuatu sistem pengkomputeran. Virus-virus ini dicipta sebagai bukti projek penyelidikan, usikan, dan memusnahkan serta menyerang produk syarikat tertentu, menyebarkan maklumat politik dan memperoleh keuntungan daripada pencurian identiti, spyware dan sebagainya.



Kuda Troy. Mesti ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang kuda troy ini. Dalam bidang pengkomputeran, kuda troy merupakan 1 sistem yg mengandungi helah yang kononnya berfaedah atau menarik. Tapi sebenarnya ia mengandungi arahan yang diletak oleh pencipta untuk menceroboh keselamatan sistem komputer apabila sistem kuda troy digunakan.

Ini adalah di antara jenayah komputer yang dilakukan. Antara jenayah lainnya ialah spaming, perisikan komputer, pencerobohan dan sebagainya. Jenayah komputer ini sukar dikenalpasti dan ini menyebabkan penjenayah melakukan jenayah ini dengan suka hati dan semakin berkembang terutamanya jenayah yang melibatkan alam maya.



Bagi mengawal masalah jenayah komputer ini, Akta jenayah komputer 1997 telah dilaksanakan di malaysia pada tahun 1997. Akta ini digunakan terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira kewarganegaraan individu itu. Kesalahan di bawah akta ini boleh berlaku di mana sahaja tidak kira samada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.

Jangan Biarkan Diri Anda Terlibat Dengan 
Jenayah Komputer..!!

Sumber : Wikepedia 

Tiada ulasan: